
Pada 3hb Julai 2010 dan 4hb Julai 2010, Supreme Leader Convention (SLC) telah diadakan di Awana Golf Resort di Genting Highlands. SLC diadakan sempena memberi penghargaan kepada top-top leaders yang sudah berjaya di samping agenda-agenda motivasi untuk bakal-bakal leader CDI satu Malaysia.

Penceramah-penceramah yang berpengalaman dan bertenaga dalam memotivasikan semua leader-leader CDI telah mengubah dan menaikkan semangat kesemua yang terlibat di dalam dewan tersebut. Ada yang pulang dengan kejayaan. Ada yang pulang dengan kehampaan. Yang penting SLC pada hari tersebut memang terbaik!!

Slot bertajuk "PASU BIRU" yang dikongsikan oleh Puan Elin kita telah membuka pemikiran
aku. Slot tersebut menceritakan bagaimana orang yang kurang sempurna boleh berjaya. Aku terasa tercabar dengan semangat yang ada pada diri pemuda dalam cerita tersebut.
Terima kasih Pn.Elin yang banyak membuka minda saya dalam menghadapi liku-liku hidup pada masa yang akan datang. Yang penting adalah "Jika Kita Hendak Berjaya. Kita Akan Berjaya".


Slot motivasi yang berikutnya oleh Mr. Erik. Oh tidak!!Slot yang telah memalukan aku. Hanya orang terdekat sahaja mengetahuinya. Aku bukanlah seekor LEMBU!! Aku adalah seekor katak yang PEKAK!! Pekak kepada kata-kata negatif yang banyak di luar sana tetapi peka kepada kata-kata positif yang banyak di luar sana. Itulah sifat Kuda yang sentiasa fokus kehadapan sehingga berjaya. Terima kasih super leader Mr. Irwan yang banyak membantu kami tidak kira masa dan tempat.

Slot Mr. Bala pada 4hb Julai 2010. Satu hari slot untuk beliau. Pada mulanya ingatkan slot yang dipersembahkan oleh beliau membosankan TETAPI kata-kata beliau telah menaikkan semangat kami semua. Persembahan dari beliau mengenai seekor HELANG membuka pemikiran kami semua. BERUBAHLAH wahai semua!! Yang penting sekali adalah keinginan yang membara tersimpan di dalam diri kita. Makin panas bara tersebut, makin dekat keinginan anda akan tiba.

Akhir sekali terima kasih kepada Creative Dreams International yang telah menganjurkan konvesyen yang betul-betul tersangat hebat. Saya amat berseyukur kepada Yang Maha Esa kerana menunjukkan jalan kepada saya walaupun ketika itu saya memang dalam keadaan susah. Pelaburan masa dan wang demi SLC amat berbaloi. Terima kasih juga kepada motivator-motivator yang terlibat kerana kata-kata ada masih terngiang-ngiang di telinga dan benak fikiran saya. Jutaan terima kasih juga kepada Top Leader kami iaitu Mr. Irwan yang banyak membantu dan memanfaatkan tanggungjawab beliau demi kejayaan kami semua.
Oleh itu, SLC merupakan jalan yang terbaik untuk bakal-bakal yang ingin menjadi leader yang terbaik di kalangan yang terbaik. Jangan turunkan impian anda. Cari jalan penyelesaian bagaimana hendak mencapai impian anda. Jangan mudah berputus asa. Sentiasa pandang kehadapan. YES!!! Aku akan membantu dan berkongsi kepada semua rakan-rakan lama ku dan rakan-rakan yang baru ku kenali. Aku akan menghabiskan banyak masa kepada rakan-rakan yang ingin BERJAYA bukan kepada rakan-rakan yang ingin BERBELANJA!!
Jikalau anda ingin BERJAYA, tidak mahu MERANA; marilah bergerak bersama-sama aku. Kita mengorak langkah mulai hari ini dan tiba di garisan penamat bersama-sama.