Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.
Apa khabar saudara / saudari di sana? Di harap saudara / saudari sihat walafiat serta dilimpahkan rezeki yang halal dan diberkati olehNya.
Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana saudara / saudari dapat meluangkan masa menatap paparan senawang ini.
Selamat datang kepada anda semua!!
Nama saya ialah Mohd Faizal Bin Basarudin. Saya berasal dari Bagan Datoh, Perak tetapi dibesarkan di Teluk Intan,Perak dan Ipoh,Perak. Sehinggalah hari ini saya menetap di Chemor,Perak. Kesimpulannya saya memang Anak Jati Perak.
Saya berumur 28 tahun dan sudah berumah tangga dan diijabkabulkan pada 13hb Disember 2008. Sehingga hari ini, kami masih belum dikurniakan zuriat.
Kelulusan pengajian saya yang tertinggi ialah Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan kepujian dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Alhamdulillah, berkat kesungguhan saya, pada Majlis Konvokesyen yang ke-3, saya telah dianugerahkan pingat yang tiadala tinggi sangat iaitu Anugerah Canselor UTeM dengan memperolehi sijil dekan 5 semester daripada 6 semester. Terima kasih di atas sokongan ibu bapa, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan dan kepada semua yang terlibat sepanjang pengajian saya di UTeM.
Selepas saya tamat pengajian saya, saya ditawarkan kerja sebagai TUTOR dari pihak UTeM tetapi bidang pekerjaan tersebut bukan minat saya, maka saya terpaksa menolak tawaran tersebut dengan hati yang terbuka.
Selang 1 bulan selepas tamat pengajian, saya ditawarkan pekerjaan sebagai Jurutera Elektrik di Syarikat Konsultan di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Di sana saya bekerja selama 3 bulan sahaja kerana saya ditawarkan pekerjaan yang lain dimana gaji yang diberikan lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Syarikat Ann Joo Steel Bhd.,P.Pinang telah menawarkan pekerjaan kepada saya sebagai Jurutera Elektrik dan saya telah berkhidmat di syarikat tersebut hampir 2 tahun.
Alhamdulillah, berkat usaha saya selama 2 tahun bertemuduga di sini dan di sana untuk menceburi bidang pekerjaan dengan sektor awam akhirnya berbaloi.
Pada 29.7.2009, saya melaporkan diri di Jabatan Kerja Raya, Wilayah Persekutuan sebagai Jurutera Elektrik J41 (TETAP) di Unit Standard, Pengujian dan Makmal. Hari pertama lapor diri memanglah seronok. Almaklumla dapat kerja di sektor awam, antara sektor-sektor yang ramai inginkan kerana masa depan bekerja di sana amatlah cerah.
Masa berlalu dengan pantas. Sehinggalah pada 4hb Ogos 2010 saya telah memberi kejutan beberapa pegawai-pegawai di pejabat saya. Saya telah meletakkan jawatan tetap saya dengan rela hati dan meneruskan perjalanan saya yang sudah lama saya tinggalkan. Ramai yang tertanya-tanya, mengkritik dan memberi semangat di atas pemergian saya.
Perjuangan saya yang sudah lama saya tinggalkan kini muncul kembali. Saya harus meneruskan perjuangan saya tanpa menoleh ke belakang. Impian harus dikekalkan. Peluang yang diperolehi haruslah digenggam seerat-eratnya sehinggalah perjuangan selesai.
Sehubungan dengan itu, saya ingin berkongsi dengan anda semua peluang yang saya tunggu-tunggu selama ini yang juga telah mengubah pemikiran saya demi masa depan saya dan keluarga saya.
Apakah peluang itu??Peluang yang telah menyebabkan saya meletakkan jawatan di bidang sektor awam??
Sila kllik link di bawah untuk melihat peluang itu:
Untuk makluman anda semua, peluang ini saya gunakan ia sepenuh masa saya. Oleh itu, kepada yang berminat sila daftar secara percuma di pautan tersebut. Saya akan membantu anda bersama-sama menuju ke puncak kejayaan.
1 comment:
peje..teruskan usaha - Amirul ST
Post a Comment